INDUSTRI Jualan Langsung, walaupun sudah berevolusi canggih, masih lagi wujud fobia dan persepsi buruk tentangnya. Ini adalah kerana industri ini dibanjiri manusia atau "pemimpin" tiada kredibiliti, tidak jujur & tiada etika berniaga. Mereka berjanji lebih tetapi terlalu kurang merealisasi apa yang dijanjikan.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila majoriti masyarakat kini yang gemar menjadi ahli yang meletakkan harapan pada janji kosong. Mereka mudah ditipu kerana wujudnya haloba, kurang cakna, cetek ilmu dan sifat malas. Ungkapan 'TIDAK PERLU BUAT APA-APA UNTUK BERJAYA' dijual murah. Mereka inginkan kejayaan / kemewahan tetapi terlalu malas untuk berbuat apa-apa hatta menambah ilmu dalam bidang yang ingin mereka laburkan. KINI, falsafah 'kene kerja dan perlu berusaha untuk berjaya' sudah tidak digemari oleh masyarakat.
Maka, ramailah manusia naif bercita-cita besar tadi gagal dan rugi. Kecewa, marah & benci kepada industri pun wujud dan semakin tebal dari hari ke hari.
Satu benda yang orang awam buat-buat tak faham adalah faktor ilmu & usaha itu WAJIB jika mahu berjaya. Rata-rata orang awam MALAS belajar, bertambah MALAS lagi untuk berusaha. Kejayaan mahunya segera tapi benda yang harus dibuat masih berlengahan.
Jika anda mahu berjaya, ada formulanya. Allah akan perjumpakan dengan benda yang kita cari walau sesukar manapun. Adat mencari pasti akan jumpa.
Andai kita arif dengan hukum alam, orang berjaya di dalam apa-apa bidang pun amatlah sedikit berbanding dengan manusia yang gagal kebrantakan, orang kaya sedikit, yang miskinnya ramai, pemimpin sedikit, kulinya ramai, sihat sedikit, sakitnya ramai, untung berniaga sedikit, ruginya ramai. Hukum yang sama boleh digunapakai untuk Industri Jualan Langsung juga - yang berjaya tersohor terlalu sedikit bilangannya berbanding yang gagal sebelum bermula.
Tetapi harus kita faham beberapa fakta:
-INDUSTRI INI MELAHIRKAN LEBIH RAMAI JUTAWAN BERBANDING INDUSTRI-INDUSTRI LAIN
-INDUSTRI INI MENDIDIK LEBIH RAMAI MANUSIA MENJADI BAIK SAHSIAH DAN JATIDIRINYA BERBANDING INDUSTRI-INDUSTRI LAIN
-INDUSTRI INI MENYEDIAKAN WADAH DAN MEDIUM UNTUK MANUSIA MENJADI PEMIMPIN YANG LEBIH BAIK BERBANDING INDUSTRI-INDUSTRI LAIN
Berniaga di dalam industri ini yang menyediakan prasarana positif adalah lebih baik, lebih mudah, kurang komplikasi, selamat, tiada risiko & mampu untung besar.
Seperti kerjaya apa-apa pun, jika mahu jadi besar, harus ada ilmu tinggi, arif & menjadi profesional. Ya, ini adalah kerjaya, karier & profesyen; hanya yang hebat akan berjaya.
Apa bezanya dengan towkey automotif, penternak lembu, saudagar petroleum, peguambela & cara, pakar bedah, pensyarah kolej, investment banker atau driver F1?
Kemudian pilih wadah & syarikat yang betul:
-PENGURUSAN yang cekap, akauntibel & telus
-KEWANGAN yang kukuh
-PRODUK & KHIDMAT yang canggih
-PLAN KOMISEN yang lumayan
-MENTOR yang baik
-MASA yang sesuai
Jika anda faham faktor berjaya itu mudah, maka, insyaallaah KEJAYAAN itu PASTI akan datang MUDAH
No comments:
Post a Comment